Terma & Syarat
Furqan Services menawarkan perkhidmatan penanaman rumput berkualiti dan reka bentuk landskap. Bermula dengan potong rumput, kini berkembang dengan khidmat nasihat penyelenggaraan rumput.
Selamat datang ke laman web Furqan Services. Sila baca terma dan syarat ini dengan teliti sebelum membuat sebarang tempahan atau pembayaran di laman web kami. Dengan melanggan perkhidmatan kami (Penjagaan Laman, Penanaman Rumput, dan Landskap), anda bersetuju untuk terikat dengan terma yang dinyatakan di bawah.
1. Definisi Perkhidmatan
Furqan Services menyediakan perkhidmatan termasuk tetapi tidak terhad kepada pemotongan rumput, penanaman rumput (seperti Cow Grass, Pearl Grass, Philippine Grass), pembinaan landskap, dan penyelenggaraan laman di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
2. Sebut Harga & Tempahan
- Anggaran Harga: Harga yang dipaparkan di laman web atau katalog (contoh: RM20 – RM30 sekaki persegi) adalah anggaran kasar. Harga muktamad bergantung kepada lawatan tapak (site visit) dan ukuran sebenar. Anda akan dikenakan caj tambahan sekiranya luas kawasan yang dinyatakan adalah tidak tepat dan kurang daripada jumlah bayaran yang dibuat.
- Luas Kawasan: Anda bertanggungjawab memastikan jumlah luas kawasan yang dinyatakan semasa membuat tempahan atau langganan adalah tepat.
Lawatan Tapak: Kami menawarkan lawatan tapak percuma untuk memberikan sebut harga rasmi (Quotation).
Pengesahan: Tempahan hanya disahkan setelah pelanggan bersetuju dengan Sebut Harga rasmi dan pembayaran deposit diterima.
3. Pembayaran & Gerbang Pembayaran
CHIP-IN: Kami menggunakan CHIP-IN sebagai penyedia gerbang pembayaran yang selamat untuk transaksi dalam talian (FPX, Kad Kredit/Debit, E-Wallet). Semua data transaksi dilindungi mengikut piawaian keselamatan industri.
- Pembayaran di Website: Pembayaran bagi tempahan atau langganan yang dibuat melalui laman ini adalah secara penuh atau mengikut bayaran bulanan (bagi pakej langganan).
Deposit: Bagi tempahan melalui sebut harga, Deposit (biasanya 50% daripada jumlah projek) diperlukan untuk memulakan pembelian material dan mengunci tarikh pelaksanaan kerja.
Baki Bayaran: Baki bayaran penuh hendaklah dijelaskan serta-merta sebaik sahaja kerja disiapkan dan diserahkan kepada pelanggan (Handover).
4. Langganan Perkhidmatan Berkala (Subscription)
Sekiranya anda melanggan pakej penyelenggaraan berkala (contoh: Pakej Potong Rumput Bulanan), terma berikut terpakai:
Pengebilan Berulangan (Auto-Recurring Billing): Dengan memilih pelan langganan, anda memberi kuasa kepada Furqan Services dan gerbang pembayaran kami (CHIP-IN) untuk mengenakan caj secara automatik pada kad kredit/debit atau akaun bank anda bagi setiap kitaran pengebilan (setiap bulan/suku tahun) sehingga langganan dibatalkan.
Pembatalan Langganan: Anda boleh membatalkan langganan dengan menghubungi kami melalui WhatsApp sekurang-kurangnya 7 hari sebelum tarikh pembaharuan seterusnya (tertakluk kepada budi bicara).
Tiada Bayaran Balik Separa: Pembatalan (jika berlaku) akan berkuat kuasa pada kitaran pengebilan seterusnya. Tiada bayaran balik (pro-rated refund) akan diberikan untuk baki hari dalam bulan semasa langganan dibatalkan. Perkhidmatan akan diteruskan sehingga tamat tempoh kitaran semasa.
Kegagalan Pembayaran: Sekiranya caj automatik gagal (contoh: kad tamat tempoh atau baki tidak mencukupi), perkhidmatan penyelenggaraan akan digantung serta-merta sehingga pembayaran berjaya dikemaskini.
Perubahan Harga: Furqan Services berhak untuk mengubah harga langganan dengan memberikan notis bertulis (emel atau WhatsApp) sekurang-kurangnya 30 hari sebelum perubahan harga berkuat kuasa.
5. Polisi Pemulangan & Bayaran Balik (Return & Refund Policy)
Kami komited terhadap kepuasan pelanggan. Walau bagaimanapun, memandangkan perniagaan kami melibatkan perkhidmatan buruh dan barangan hidup (tumbuhan/rumput), polisi berikut terpakai:
A. Pembatalan Tempahan (Cancellation)
Lebih 3 Hari (72 Jam): Jika anda membatalkan tempahan lebih daripada 72 jam sebelum tarikh kerja dijadualkan, deposit akan dipulangkan sepenuhnya (tertakluk kepada caj pemprosesan gerbang pembayaran sebanyak 5% jika ada).
Kurang 3 Hari (72 Jam): Pembatalan dalam tempoh kurang 72 jam akan dikenakan caj penalti atau deposit mungkin tidak dikembalikan sekiranya material (seperti rumput/pokok) telah ditempah atau dihantar.
B. Pemulangan Barang (Returns)
Tumbuhan & Rumput (Living Goods): Rumput dan pokok adalah organisma hidup. Oleh itu, TIADA pemulangan (No Returns) dibenarkan sebaik sahaja rumput/pokok telah ditanam atau diterima dalam keadaan baik di tapak pelanggan.
Kecacatan Material: Pelanggan hendaklah memeriksa kualiti rumput atau pokok sebelum penanaman bermula. Jika terdapat kerosakan ketara (contoh: rumput mati atau berpenyakit semasa penghantaran), kami akan menggantikannya dengan stok baharu tanpa caj tambahan.
C. Bayaran Balik (Refunds) Selepas Kerja Siap
Tiada bayaran balik (No Refunds) diberikan untuk kerja-kerja buruh yang telah disiapkan.
Sebarang ketidakpuasan hati terhadap hasil kerja hendaklah dimaklumkan kepada penyelia kami serta-merta semasa proses serahan tapak (site handover) untuk tindakan pembetulan (touch-up).
6. Pelaksanaan Kerja & Keadaan Cuaca
Cuaca: Kerja-kerja lanskap dan penanaman rumput sangat bergantung kepada cuaca. Furqan Services berhak menunda kerja sekiranya berlaku hujan lebat atau keadaan tanah tidak sesuai, demi menjaga kualiti tanaman. Penundaan ini tidak dianggap sebagai pelanggaran kontrak.
Akses Utiliti: Pelanggan bertanggungjawab menyediakan akses kepada punca air dan elektrik bagi kegunaan kerja-kerja pembersihan dan penyiraman.
7. Waranti & Penafian (Disclaimer)
- Variasi Tumbuhan: Pokok dan rumput mungkin mempunyai sedikit perbezaan saiz, warna, atau tekstur berbanding gambar katalog disebabkan sifat semulajadi tumbuhan tersebut.
Tanggungjawab Penjagaan: Waranti kami meliputi pemasangan yang betul sahaja. Kami tidak bertanggungjawab ke atas kematian rumput atau pokok selepas serahan yang disebabkan oleh:
Kurang penyiraman atau pembajaan oleh pelanggan.
Serangan serangga perosak atau penyakit selepas tempoh serahan.
Bencana alam atau cuaca ekstrem.
8. Khidmat Pelanggan
Jika anda mempunyai sebarang masalah mengenai pembayaran, kualiti kerja, atau ingin memohon bayaran balik mengikut syarat di atas, sila hubungi kami:
Furqan Services
- WhatsApp/Telefon: 018-3978498 (Mr. Hadi)
- Kawasan Operasi: Kuala Lumpur & Selangor